Syukur kehadirat Ilahi, dengan limpah kurnia dan anugerahnya kepada kami daripada kumpulan Panitia Sains SMK Parit Panjang , insyallah akan cuba sedaya upaya untuk mempertingkatkan lagi kualiti dalam dunia pendidikan seiring dengan matlamat kerajaan untuk memperkayakan bidang IT dalam MP Sains. Disamping itu juga dengan adanya teknologi IT yang terkini, Panitia Sains SMKPP akan terus berganding serta berkongsi maklumat dengan seluruh pelajar sains di Malaysia demi untuk mencipta kejayaan yang cemerlang serta kefahaman yang cukup tinggi dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai pengetahuan sains serta pembinaan sahsiah yang terbaik insyallah.
Justeru itu sebarang maklumat yang akan dipaparkan atau pun diterima daripada mana-mana pihak akan dapat kita kongsikan bersama, kerana perkongisaan maklumat adalah tidak merugikan malah dapat memperkayakan. Dari itu kami juga ingin menyeru daripada mana-mana pihak dari luar samada dikalangan pelajar-pelajar atau guru-guru dapat menyumbangkan sebarang idea-idea serta bahan P&P agar kita dapat membuat perkongsian yang bermanafaat....
Salam dari Panitia Sains SMK Parit Panjang, Kupang Kedah....